Yaya Sithole cipta sejarah hitam Piala Dunia 2026

Yaya Sithole cipta sejarah hitam Piala Dunia 2026


MEXICO CITY: Pemain tengah Afrika Selatan, Yaya Sithole mencipta sejarah yang tidak mahu diingati apabila menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah pada saingan Piala Dunia 2026 ketika aksi pembukaan menentang Mexico di Stadium Azteca, hari ini.

Ketika Afrika Selatan sedang berusaha bangkit memburu keputusan positif dalam perlawanan pembukaan kejohanan, tindakan Sithole yang mengasari Brian Gutierrez sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah, sekali gus meninggalkan skuad Bafana Bafana beraksi dengan 10 pemain ketika ketinggalan 1-0.

Kad merah tersebut bukan sahaja mengubah corak permainan Afrika Selatan, malah menjadi detik penting yang memberi kelebihan kepada Mexico untuk terus menguasai perlawanan di hadapan lebih 80,000 penyokong sendiri.

Lebih malang buat Sithole, namanya kini terpahat dalam rekod Piala Dunia sebagai pemain pertama yang diperintahkan keluar padang pada edisi 2026, satu catatan yang pastinya mahu dilupakan secepat mungkin oleh pemain berkenaan.

Pada aksi itu menyaksikan Mexico menang 2-0 ke atas Afrika Selatan menerusi ledakan Julian Quinones pada minit kesembilan dan Raul Jimenez di minit ke-67.-AGENSI



Source link

OR

Scroll to Top