YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas – Hijabista

YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas – Hijabista

Salun Muslimah pertama di Jakarta ditubuhkan kira-kira 18 tahun lalu. Pelopornya, Yulia Astuti merupakan pengasas Moz5 Salon. Di awal penubuhannya, Yulia Astuti baru sahaja bertudung.

YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas
Kredit Foto: yuliamoz5

Memetik perkongsian di portal All Things Beauty, Yulia Astuti memulakan perniagaan di salun kecil yang merupakan bekas tapak gerai makan. Kini cawangan salun Muslimah miliknya berkembang di seluruh Indonesia antaranya Jawa Barat, Jawa Timur, Kalimantan dan Sumatera.

YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan KhasYULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas
Kredit Foto: yuliamoz5

Pada 2011, ibu kepada tiga anak ini pernah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan badan dan rambut yang halal khas buat Muslimah. Yulia Astuti juga aktif berkempen memberikan sokongan moral kepada para ibu yang memiliki anak berkeperluan khas.

Yulia Astuti sering berkongsi tentang perjalanannya memulakan salun Muslimah pertama di Indonesia sambil membesarkan dua anak berkeperluan khas.

YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan KhasYULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas
Kredit Foto: yuliamoz5

Penggemar aktiviti marathon ini turut berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan serta mengekalkan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.

IDEA PENUBUHAN SALUN MUSLIMAH
“Segalanya bermula ketika saya tercari-cari salun rambut yang sesuai memandangkan ketika itu saya baru bertudung. Hendak gunting rambut pun susah kerana tiada salun khusus untuk wanita sahaja apatah lagi Muslimah.

“Ketika itu terlintas di fikiran saya, kenapa tak cuba buat salun sendiri? Walaupun belum ada yang mula, keperluan dan permintaannya sangat tinggi.

“Pada mulanya orang tidak tahu apa itu salun Muslimah, masih ramai yang tersalah anggap adalah butik. Ketika itu, peluang saya sangat cerah kerana tiada pesaing. Apabila saya mula membuka di Margonda, salun saya serta-merta menarik perhatian media untuk membuat liputan. Secara tak langsung ia menjadi satu promosi yang percuma.”

YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan KhasYULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas
Kredit Foto: yuliamoz5

Menurut Yulia Astuti lagi, kebetulan ketika itu perkembagan internet dan media sosial tidak seperti sekarang. Maka, promosi hanya melalui senarai mel dan media konvensional seperti surat khabar dan majalah.

“Walaupun lokasinya di Depok, yang datang boleh datang dari Tangerang atau Bekasi. Ia juga semakin dikenali apabila mendapat liputan meluas di televisyen walaupun salun itu masih sangat kecil,” imbas Yulia Astuti.

BACA JUGA: Kacukan Inggeris-Betawi DEWI SANDRA Kini Sukses Sebagai Usahawan Jenama Fesyen Muslimah

Apa yang membezakan salun Muslimah dengan yang biasa ialah tiada pekerja lelaki yang terlibat. Selain itu, produk yang digunakan juga semuanya halal. Salah satu usahanya ialah menghasilkan sendiri produk yang terjamin kualitinya.

“Saya memilih konsep salun Muslimah ini ialah kerana memahami masalah rambut yang dihadapi golongan Muslimah yang jauh lebih rumit berbanding wanita tidak bertudung.

“Masalah rambut utama bagi hijabi ialah rambut gugur dan kelemumur kerana kulit kepala ditutup setiap hari. Itu adalah asas untuk saya mencipta produk sendiri. Produk utamanya ialah syampu.”

KEHIDUPAN SEBAGAI WOMENPRENEUR
Dalam usia yang masih muda, Yulia Astuti sudah pun bergelar usahawan wanita sukses di Indonesia. Apa rahsianya?

“Saya rasa masih jauh lagi, masih ramai lagi tokoh wanita yang lebih memberi inspirasi. Namun untuk petua menguruskan perniagaan dan keluarga, kita tidak boleh bergantung kepada diri sendiri. Kita tidak boleh menjadi wanita ajaib tanpa sokongan orang-orang sekeliling. Jadi, usah berpura-pura menjadi hero dan mahu melakukan semuanya sendiri.

“Saya sendiri ada support system, ada pembantu rumah dan suami yang sangat menyokong segala aktiviti saya. Sejak awal, saya telah memberitahu suami, saya mempunyai pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga. Jadi, kami berbincang dengan baik. Ada masanya saya terpaksa berkongsi peranan dengan suami.

“Sejak awal kami bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak sendiri, lebih-lebih lagi saya mempunyai tiga orang anak. Dua daripada tiga anak kami mempunyai keperluan khas, yang sangat memerlukan perhatian lebih. Jadi kami bersetuju untuk meluangkan masa sebanyak mungkin untuk anak-anak.”

Kongsi Yulia Astuti lagi jika ada masa luang di rumah, dia akan bersenam. Contohnya pada awal pagi atau lewat malam. Jarang untuk dia berjumpa rakan-rakan kerana kekangan masa. Yulia Astuti juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan adik-beradik. Namun, Yulia Astuti turut mengingatkan kita juga tidak boleh terlalu bergantung kepada ramai orang untuk semuanya. Biar berpada-pada.

PETUA RAMBUT SIHAT ALA YULIA ASTUTI
Hijabi yang suka bersenam memerlukan lebih penjagaan. Cuci rambut setiap hari bagi memastikan kesegaran.

Namun, hati-hati memilih produk kerana mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan rambut kering. Gunakan syampu, perapi, serum, minyak rambut dan spa rambut seminggu sekali. Boleh juga gantikan spa rambut dengan topeng rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.

TIP URUS PERNIAGAAN & KEWANGAN
“Saya sangat berdisiplin. Sejak 18 tahun lalu, saya telah mengasingkan akaun peribadi daripada akaun perniagaan. Saya mendapat gaji dari perniagaan yang saya lakukan sendiri. Keperluan peribadi saya datang dari gaji yang saya terima.

“Dalam perniagaan saya juga ada orang kewangan dan perakaunan. Mereka menguruskannya jadi saya tidak boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun pada mulanya saya tidak memahami kewangan, apabila berniaga adalah sangat penting untuk menguasai perkara ini.”

YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan KhasYULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas
Kredit Foto: yuliamoz5

Paling penting bagi Yulia Astuti pandai membaca laporan kewangan. Itu adalah kemahiran mutlak sebagai seorang usahawan. Kewangan adalah asas utama untuk kelestarian sesebuah perniagaan.

“Jika perniagaan bertahan lama dan mampan, anda mesti boleh membaca laporan kewangan. Strategi perniagaan yang kita ambil mestilah berdasarkan laporan kewangan.”

Hijabista mendoakan agar Yulia Astuti terus sukses dalam perniagaan. Superwoman!

OR

Scroll to Top