Penyanyi Ziana Zain dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa kepada gelaran Datuk.
Ziana menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempan Sambutan Hari Jadi ke-77 Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
BACA: 3 Jam Disoal Siasat SPRM, Ziana Zain Bukan Suspek Hanya Bantu Siasatan
Ziana bergelar penyanyi pada penghujung 1980-an sebelum namanya menjadi sebutan menerusi lagu Madah Berhelah.
Antaranya kejayaan diraih Ziana iaitu gelaran utama kejohanan Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan sekaligus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.
