July 15, 2024

Zii Jia bangkit benam Jun Peng

Zii Jia bangkit benam Jun Peng



ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia ternyata berada pada momentum terbaik apabila mara ke pusingan kedua Masters Malaysia selepas mengalahkan wakil China, Zhao Jun Peng di Axiata Arena sebentar tadi.

Zii Jia yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Thailand minggu lalu membuatkan ribuan penonton resah selepas tumpas di set pertama sebelum melakukan kebangkitan untuk mencatat kemenangan 19-21, 21-11, 21-14.

Kemenangan berkenaan melebarkan lagi rekod Zii Jia ke atas pemain ranking ke-40 dunia itu kepada 3-1 selepas menang sebelum ini di suku akhir Terbuk Jerman 2022 dan pusingan pertama Terbuka Hong Kong tahun lalu.

Menanti pemain kelahiran Kedah itu di pusingan kedua ialah Kiran George dari India, yang mara selepas mengetepikan Takuma Obayashi dari Jepun, 21-16, 21-17.

Mengiringi Zii Jia ke pusingan kedua ialah seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang juga menang ke atas lawan dari negara sama, Lei Lan Xi 13-21, 23-21, 21-12.

Jun Hao akan berdepan seorang lagi wakil China, yang juga pilihan ketiga, Li Shi Feng yang bermandi peluh sebelum mengalahkan Toma Junior Popov dari Perancis 12-21, 21-19, 21-15

Turut mara ke pusingan kedua ialah perseorangan Wanita, Goh Jin Wei yang menumpaskan Polina Buhrova dari Ukraine 21-16, 18-21, 21-14 dan bakal berdepan Busanan Ongbmrungphan (Thailand) di pusingan kedua.

Beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin juga menempah slot ke pusingan kedua selepas mengetepikan Hung Kuei Chun-Tsang Hiu Yan dari Hong Kong 21-16, 25-23 dan akan menentang pilihan kedua dari Denmark, Mathias Christian-Alexandra Boje.

Bagaimanapun, satu lagi pasangan beregu campuran, Yap Roy King-Valeree Siow terkandas selepas kalah kepada pilihan ketiga dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 14-21, 12-21.

Beregu lelaki profesional, Boon Xin Yuan-Goh V Shem juga tersingkir apabila kalah dengan pilihan keenam dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederick Sogaard 13-21, 8-21.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top