Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”

Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”

Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”


Pelakon popular, Zul Ariffin menegaskan dia membatalkan hasratnya untuk untuk berhijrah dan membuka perniagaan di Makkah, seperti yang pernah dikongsikannya sebelum ini.

Kata Zul ketika ditemui XTRA, keputusan itu dibuat selepas melalui beberapa pengalaman tidak menyenangkan bersama individu yang disifatkannya tidak jujur terutama dalam urusan perniagaan.

“Tak ada, kadang-kadang kita bersembang, kita plan, kita share tapi kalau tak jadi nak buat macam mana kan?

“Kita pun jumpa orang kadang-kadang orang mengarut yang Allah bagi lalu dekat depan kita. Jadi benda-benda macam tu,” katanya.

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Malam Terlarang yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zul memaklumkan, pengalaman tersebut membuatkannya lebih berhati-hati dalam memilih individu untuk bekerjasama, terutama dalam hal melibatkan perniagaan sekali gus meletakkan fokusnya terhadap kerjaya seninya.

“Saya pun duduk dekat sana lama juga, tiga bulan, jadi saya rasa itu hajat semua orang… Cuma sekarang ni saya tak nak fikir pasal perkara itu. Fokus saya sekaranga dalah karier saya.

“Betul, kadang-kadang kita memang ada perancangan untuk lakukan perniagaan dan sebagainya.

“Tapi sebenarnya perniagaan tersebut tak semua artis buat business je akan jadi kaya. Jadi saya tak mahu buang masa dengan perkara yang tidak memberikan hasil.” jelasnya.

Mengaku gembira dengan kejayaan yang dirai,  Zul berkata, dia  sentiasa mengambil sikap berhati-hati dalam membuat keputusan teruatama membabitkan karier seninya.

“Ini adalah padang saya dan saya gembira di sini. Dari umur saya 21 tahun saya berlakon.

“Untuk saya lepaskan fokus di sini atau mahu ke sana, perkara tersebut memerlukan sesuatu yang menyakinkan. Sekarang saya hanya padam saja niat itu dan tolak tepi sebab saya tak nak bekerjasama dengan orang mengarut. Itu saja.

“Kita ada fasa jumpa orang bagus dan ada juga bertemu orang mengarut. Saya anggap benda itu adalah fasa jumpa orang mengarut. Itu sahaja,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zul tampil dengan filem baharunya bergenre seram thriller,  Malam Terlarang yang diinspirasikan daripada kisah benar dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 30 Oktober ini.

Filem arahan Azmir Affandi itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shasha Abedul, Sofia Jane, Sabri Yunus, Normah Damanhuri dan Amir Nafis.



Source link

OR

Scroll to Top