Galau Food Festival Tampil Barisan Artis Rock Popular Tanah Air, Sasar 40,000 pengunjung Disember Ini

Galau Food Festival Tampil Barisan Artis Rock Popular Tanah Air, Sasar 40,000 pengunjung Disember Ini


Buat julung kalinya, pihak GF Galau Food Festival (GFF) bakal mengadakan pesta makanan dan hiburan terbesar hujung tahun ini anjuran Gold Field Holding Sdn. Bhd.

Festival lima hari yang akan berlangsung dari 27 hingga 31 Disember 2025 di Setia Alam Convention Centre, Selangor, itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan pameran makanan, gaya hidup, hiburan muzik serta acara kekeluargaan di bawah satu bumbung.

Selain menjadi antara lokasi tumpuan hujung minggu dijangka terus meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung sepanjang festival berlangsung.

Menurut Pengurus Acara Gold Field Holding Sdn. Bhd, En. Azlisham Yusof, penganjuran GFF bertujuan memperkasakan industri makanan tempatan selain memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana mempromosikan produk mereka menjelang sambutan tahun baharu.

“Kami mahu menjadikan GF GALAU Food Festival sebagai platform santai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan berkumpul, menikmati pelbagai juadah menarik serta hiburan dalam suasana selamat dan berhemah,” katanya.

Festival yang turut mengetengahkan barisan artis rock tanah air seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band ini juga menyasarkan kehadiran antara 30,000 hingga 40,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjuran dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur.

Selain itu, pengunjung yang datang turut berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah istimewa termasuk, Scooter EVBike, Sony PlayStation 5 (PS5), penghawa dingin dan televisyen 50 inci.

Festival ini juga akan dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, dengan malam penutup pada 31 Disember 2025 dijangka menjadi kemuncak sambutan tahun baharu di Lembah Klang.



Source link

OR

Scroll to Top