2 maut, 2 cedera dalam kemalangan berasingan di Tanah Merah

2 maut, 2 cedera dalam kemalangan berasingan di Tanah Merah


am@hmetro.com.my

Tanah Merah: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di daerah ini pada tengah malam dan lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, kemalangan pertama di Jalan Tanah Merah-Gual Ipoh berhampiran Kampung Tirok yang mengorbankan Mohd Firdauf Kamardin, 42.

Katanya, nahas pada 11.30 malam itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersama isteri menghala ke Kampung Gual Ipoh, dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki berusia 23 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Akibatnya, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya patah kaki kiri dan cedera di kepala serta dirawat di hospital,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haki berkata, pada 12.45 tengah malam pula, seorang lagi penunggang motosikal iaitu Muhammad Ellyas Zaquan Mohd Alwi maut dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Lubok Jong dekat Kampung Alor Pasir di sini.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dan sebuah lagi motosikal ditunggang Muhammad Irfan Naufal Rizalmi, 18, dari arah Lubok Jong menghala ke Padang Siam hilang kawalan dan melanggar pacuan empat roda yang diletakkan di bahu kiri jalan.

“Muhammad Ellyas Zaquan Mohd Alwi meninggal dunia di lokasi sementara, penunggang sebuah lagi motosikal parah dan dirawat di hospital,” katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemalangan dibedah siasat di unit forensik Hospital Tanah Merah dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top