Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai

Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di sungai dekat Kampung Sungai Nilam, Gedangsa, Hulu Selangor hari ini.

Muhammad Aakif Imran Asrul Nizam, 9, dipercayai terjatuh ketika bermain di tebing sungai sebelum hilang dibawa arus.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan dibuat wanita mengenai kehilangan mangsa pada 1.45 petang.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berpakaian baju T lengan pendek berwarna merah jambu dan seluar pendek hitam.

“Kanak-kanak itu berketinggian 140 sentimeter (cm) dengan berat 27 kilogram (kg) dan berkulit sawo matang.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dengan dibantu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam kenyataan.

Ibrahim berkata, operasi ditangguhkan pada 7 malam dan akan bersambung esok membabitkan kekuatan 48 anggota pelbagai agensi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Hulu Selangor di talian 03-60641222,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top