May 18, 2024

9 terkorban, lebih 800 orang cedera dalam gempa bumi di Taiwan


TAIPEI – Gempa bumi terbesar di Taiwan dalam tempoh sekurang-kurangnya 25 tahun mengorbankan sembilan orang dan mencederakan lebih 800 mangsa.

Manakala 50 lagi dilaporkan hilang dalam perjalanan ke taman negara, kata pihak berkuasa.

Stesen televisyen Taiwan menunjukkan rakaman bangunan berdiri pada sudut tidak menentu di Hualien, di mana gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda di luar pesisir kira-kira jam 8 pagi tadi.

“Ia sangat kuat. Rasanya seolah-olah rumah itu akan runtuh,” kata pekerja hospital Taipei, Chang Yu-Lin, 60.

Gempa bumi pada kedalaman 15.5 kilometer itu berlaku ketika orang ramai menuju ke tempat kerja dan sekolah.

Bencana itu telah mencetuskan amaran tsunami untuk selatan Jepun dan Filipina tetapi kemudian ditarik balik.

Agensi Bomba Kebangsaan Taiwan berkata, semua kematian berada di daerah Hualien. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top