Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana menyorot perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Isnin.
Menerusi hantaran tersebut, Sarah sempat meluahkan rasa syukur dan terharu dengan segala pencapaian dan peluang yang diberikan sepanjang tahun ini.
“Selamat hari lahir untuk saya! Saya bersyukur atas semua peluang yang saya ada dan berkembang pada tahun ini.
“Saya bersyukur untuk setiap pintu yang ditutup, kerana ia bukan jalan yang tepat untuk saya,” katanya.
Sarah berkongsi perkara itu menerusi muat naik foto bersama anak-anak dan video pendek sekitar sambutan hari lahirnya yang dikongsikan di Instagram.

Malah, aktres itu juga sempat memberikan kredit kepada teman rapatnya yang juga pelakon dan usahawan Indonesia, Andi Arsyil kerana merakam fotonya bersama anak-anak.
Dalam hantaran sama, Sarah juga berharap tahun baharu akan membawa ketenangan untuknya.
“Untuk tahun seterusnya, dengan segala kesibukan yang ada pada tahun ini, saya hanya mahu tenang. Tenangkan fikiran saya.
“Selain merenung apa dan siapa saya. Saya mahu mengenali diri saya sepenuhnya,” jelasnya.






