Insiden Putra Heights: 6 bulan siap! KPKT serah kunci rumah baharu kepada 18 mangsa

Insiden Putra Heights: 6 bulan siap! KPKT serah kunci rumah baharu kepada 18 mangsa

Insiden Putra Heights: 6 bulan siap! KPKT serah kunci rumah baharu kepada 18 mangsa


Kerajaan MADANI membuktikan kecekapan luar biasa apabila kerja pembinaan semula dan baik pulih rumah mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights berjaya disiapkan hanya dalam tempoh enam bulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen kerajaan membantu mangsa bencana secara pantas bagi memastikan mereka kembali mendiami kediaman yang selamat, stabil dan sempurna.

“Setakat akhir bulan November, syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)  telah berjaya membina baru dan baik pulih 15 unit rumah mangsa kebakaran dalam tempoh 6 bulan sahaja.
“Dari kerja-kerja pembersihan tapak, pembinaan semula sampai serah kunci 6 bulan, kita siap semua,” katanya.

KPKT serah kunci rumah baharu

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan SPNB yang bekerja tanpa henti, menyifatkan usaha mereka sebagai contoh keberkesanan pelaksanaan projek pemulihan perumahan.

Untuk keseluruhan 18 unit yang terlibat, 15 rumah telah siap sepenuhnya untuk diduduki manakala dua unit lagi sedang menunggu proses dokumentasi oleh pemilik sebelum diserahkan.

Projek pemulihan ini melibatkan peruntukan RM4.85 juta yang diberikan secara percuma kepada semua penduduk terkesan sebagai usaha mengembalikan kehidupan mereka selepas tragedi kebakaran saluran paip gas pada April lalu.

Artikel lain: Lebih RM115 juta untuk kesejahteraan komuniti bandar seluruh negara tahun ini – KPKT

Nga menegaskan kerajaan akan terus memastikan semua keluarga mangsa menerima sokongan sewajarnya dan menekankan bahawa keberhasilan projek 6 bulan ini adalah bukti tindakan pantas dan berkesan pihak kerajaan dalam menangani bencana perumahan.





Source link

OR

Scroll to Top