Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menangis sebak apabila memiliki sebuah mikrofon berwarna putih yang difahamkan sudah lama diimpikannya.
Menerusi hantaran dikongsikan pembantu peribadinya, Niel Rafeq, pelakon itu sudah lama menantikan untuk memiliki mikrofon sendiri dan pernah meminjam mikrofon rakan artis ketika bertanding di Famili Duo.
BACA: Bella Astillah Terbuka Hadir Majlis Kahwin Bekas Suami
“Lama sangat dia menantikan saat ini di mana dia ada mic sendiri. Sampai satu tahap dulu dia pinjam mic rakan artis masa bertanding di Famili Duo.
“Dia cakap dia nak practice nyanyi banyak-banyak supaya boleh ada mic sendiri. Alhamdulillah, proud of you Bella, hadiah untuk diri dia sendiri,” tulis Niel.
Dalam video berkenaan, Bella dilihat memegang mikrofon berkenaan dan dilihat seolah menahan sebak. Diruangan komen, rata-rata netizen berteka teki mengenai harga mikrofon berkenaan serta ada yang mengatakan sudah pasti ianya mahal.






