Tolong Gosokkan Baju, Mat Salih Ajak Zarina Anjoulie Kahwin

Tolong Gosokkan Baju, Mat Salih Ajak Zarina Anjoulie Kahwin

Tolong Gosokkan Baju, Mat Salih Ajak Zarina Anjoulie Kahwin


Pelakon sensasi Zarina Anjoulie dilihat ada memuat naik video memaparkan dia sedang menggosok baju seorang lelaki mat salih.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata dia membantu lelaki tersebut menggosok baju selepas melihat mat salih berkenaan seperti tidak tahu melakukan kerja tersebut.

BACA: Zarina Anjoulie Hadir Ke SKMM Beri Keterangan, Telefon Dirampas

Kata Anju lagi, dia membantu selepas mendengar kisah sedih lelaki itu yang sudah bercerai dan sudah lambat untuk pergi ke tempat kerja.

“Saya tengah teman keluarga buat laundry, lepas itu mat salih ini buat kesian-kesian tak reti gosok baju. Kita pun tolong la. Mind you, saya sendiri gosok baju setahun sekali.

“Sebab semua bibik buatkan tapi sebab dia buat muka sedih dia lepas itu cerita dia dah cerai la dah lambat pergi keje la. 

“Lepas itu, boleh pula complain asyik kena pow dengan perempuan-perempuan duk gasak dia Prada bag la, ketuk dia la, shopping la,” katanya.

Lebih mengejutkan, Anju berkata lelaki tersebut turut mengajaknya untuk berkahwin namun dia menolaknya.

“Memang kena bambu la dengan Anju. Kau nak keluar dengan perempuan lawa tapi kemut pui. Dia nak kasi Anju duit iron kan baju dia. Anju minta belanja Starbucks saja la. Lepas itu ajak kahwin eh sorry tak nak,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top