PM Anwar kagum semangat, keberanian atlet muda SUKMA

PM Anwar kagum semangat, keberanian atlet muda SUKMA


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap atlet muda yang beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 mampu melangkah lebih jauh untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anwar berkata beliau kagum dengan semangat, disiplin dan keberanian yang dipamerkan atlet muda ketika berkesempatan meluangkan masa beramah mesra serta menyaksikan aksi Muay Thai sempena temasya berkenaan.

“Semoga suatu hari nanti mereka berpeluang mewakili Malaysia dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, insya-Allah,” katanya.

Selepas 28 tahun, Selangor kembali menjadi tuan rumah temasya dwitahunan kebangsaan itu yang menghimpunkan lebih 5,000 atlet muda dari seluruh negara bagi merebut 468 pingat emas dalam 37 jenis sukan hingga 24 Ogos ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top