“Boleh Ke Beritahu Teacher?” – Anak-Anak Gembira Bella Astillah Bakal Nikah

“Boleh Ke Beritahu Teacher?” – Anak-Anak Gembira Bella Astillah Bakal Nikah


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsikan kedua-dua anaknya iaitu Ayden dan Ara gembira apabila mengetahui dia akan bernikah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Memetik Astro Gempak, Bella berkata kedua-dua anaknya tidak sabar menantikan majlis pernikahan dan Ayden teruja untuk berkongsikan berita itu dengan gurunya.

BACA: “Alhamdulillah Ibu Bapa Saya Dah Terima Bella 110 Peratus”

“Ayden siap tanya, ‘Mommy, boleh ke beritahu teacher?’. Saya kata, ‘No, not yet’,” katanya.

Selasa lalu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal benikah pada 10 Oktober dalam satu majlis serba indah berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top