Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Nadia Annuar tampil berkongsi pandangannya berhubung isu perceraian yang berlaku sejak kebelakangan ini khususnya apabila ia melibatkan pendedahan terbuka mengenai aib pasangan.
Kata Nadia menerusi perkongsian di Threads, dia menasihatkan agar pasangan yang terpalit dengan ujian rumah tangga tidak terlalu mendedahkan punca perceraian mereka kepada khalayak.
“Nasihat kakak yang dah pernah bercerai dua kali ni, tak payah lah jaja sangat cerita kenapa nak cerai, siapa baik atau siapa buruk. Nak cerai je kan?,” katanya.

Jelasnya, apa yang lebih penting adalah memikirkan masa depan anak-anak pada masa hadapan dek kerana kemelut rumah tangga ibu bapa mereka akan menjadi buah mulut masyarakat kelak.
“Bukan jutawan nak berebut harta pun kena bukti siapa yang salah kan? Ada anak-anak kita pikir nanti masa depan anak dah besar malu.
“Satu Malaysia tau cerita celah kain mak pak dia masa cerai. Malu dik,” luahnya.






