Bintang Pujaan Dituduh Membun*h, Peminat Jadi Peguam Pembela… Choi Soo Young Kembali Dalam Drama ‘Idol I’

Bintang Pujaan Dituduh Membun*h, Peminat Jadi Peguam Pembela… Choi Soo Young Kembali Dalam Drama ‘Idol I’


Apa yang berlaku apabila rasa kagum terhadap idola bertukar menjadi perjuangan besar untuk membersihkan namanya daripada tuduhan jenayah? Itulah konflik utama dalam drama Korea terbaharu, Idol I yang menemui penonton Malaysia bermula 22 Disember 2025, ditayangkan serentak dengan Korea di platform Tonton.

Menggabungkan elemen mahkamah, romantik, misteri, undang-undang dan komedi, Idol I arahan Lee Gwang-Young ini turut menampilkan barisan pelakon terkemuka Korea seperti Choi Soo Young (SNSD), Kim Jae Yeong, Choi Hee Jin, Kim Hyun Jin dan Jung Jae Kwang, sekali gus menjadikan drama ini karya yang penuh emosi dan mendebarkan mengenai pengorbanan seorang peminat untuk menegakkan kebenaran.

Kisahnya berpusat pada watak Maeng Se-Na (Choi Soo Young), seorang peguam ternama yang digelar ‘peguam penjenayah’ kerana kerap mengendalikan kes kontroversi berprofil tinggi. Di sebalik personaliti tegas dan reputasi profesionalnya, Se-Na menyimpan rahsia selama sedekad, dia ialah peminat tegar kumpulan idol terkenal Gold Boys.

Segalanya berubah apabila idola kesayangannya, Do Ra-Ik (Kim Jae Yeong), penyanyi utama Gold Boys, dituduh terlibat dalam kes pembunuhan. Demi membuktikan kebenaran, Se-Na terpaksa menyembunyikan identitinya sebagai peminat dan menerima kes tersebut, membawa dirinya ke dunia penuh rahsia dan pendedahan yang tidak pernah dijangka.

Do Ra-Ik pula digambarkan sebagai bintang popular dengan imej sempurna di mata umum, tetapi hakikatnya tertekan dengan populariti, tuntutan industri dan harapan peminat. Tuduhan pembunuhan itu meranapkan kehidupannya, memaksanya berdepan sisi gelap diri sendiri dan realiti yang menyakitkan.

Idol I menawarkan gabungan menarik antara dunia K-pop, budaya peminat dan sistem perundangan, menjadikannya sebuah naskhah yang unik serta berbeza. Selain menampilkan ketegangan kes mahkamah, drama ini turut menyentuh isu kepercayaan, identiti dan pengorbanan demi mencari keadilan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Idol I bermula 22 Disember 2025, setiap Isnin dan Selasa jam 10.30 malam, serentak dengan Korea hanya di Tonton. Ikuti perjalanan penuh debaran yang melibatkan cinta peminat, misteri pembunuhan dan perjuangan menuntut kebenaran.



Source link

OR

Scroll to Top