Memphis: Juara enam kejohanan utama, Rory McIlroy mengesahkan penyertaannya pada kejohanan pembuka tirai Playoff FedExCup, Kejohanan FedEx St Jude di TPC Southwind minggu depan.
Jelajah PGA mengumumkan penyertaan pemain berusia 37 tahun dari Ireland Utara itu semalam, selepas dia memilih untuk tidak beraksi pada kejohanan sama tahun lalu.
McIlroy akan membuat penampilan ke-12 musim ini dalam saingan yang membabitkan 70 pemain terbaik.
Dia bakal bersaing dengan pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler, juara bertahan FedExCup, Tommy Fleetwood serta juara bertahan FedEx St Jude Championship, Justin Rose.
McIlroy tidak beraksi sejak menamatkan kempen di Kejohanan Terbuka bulan lalu.
Pemenang Masters 2026 itu kini menghuni tangga ke-12 kedudukan FedExCup dan akan memburu gelaran keseluruhan FedExCup buat kali keempat.
Setakat musim ini, kemenangan tunggal McIlroy hadir menerusi kejayaan di Masters pada April lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd






