Pelakon Aprena Manrose menyorot perhatian ramai selepas dilihat kembali ‘free hair’ dalam sebuah video promosi drama bersiri terbaharu yang dikongsikan baru-baru ini.
Menerusi hantaran berdurasi kira-kira 49 saat itu, Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dilihat bergandingan bersama pelakon Nazim Othman, yang juga pemenang trofi Aktor Pembantu TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37.
Namun, penampilan Aprena yang tampil dengan gaya ‘free hair’ dalam teaser berkenaan pantas mengundang pelbagai reaksi netizen, terutama dalam kalangan peminat yang mengikuti perjalanan penghijrahannya sebelum ini.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Aprena masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penampilannya itu.
Untuk rekod, Aprena sebelum ini pernah berkongsi mengenai inisiatifnya untuk kekal istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tahajjud Is Really Works On Me” – Aprena Manrose Titip Pesan Buat Individu Terpalit Masalah Hubungan
ARTIKEL BERKAITAN:Aprena Manrose Akui Pernah Cuba ‘Selamatkan’ Rumah Tangga Ketika Masih Dalam Idah – “Saya Reda, Dekatkan Diri Kepada Allah…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Allah Dah Kasi Titik, Jangan Ubah… Jalan Terus! ” – Aprena Manrose
ARTIKEL BERKAITAN:Tular Foto Aprena Manrose Didakwa ‘Free Hair’, Ini Respons Iwan Sebagai Bapa
ARTIKEL BERKAITAN:Gayakan Hoodie Nampak Leher, Netizen Tanya ‘Ada Hint Nak Buka Tudung Ke’… Ini Respons Aprena Manrose






