“Takut Juga Sebenarnya..” – Wan Sharmila Persiap Diri Jadi Mutawif

“Takut Juga Sebenarnya..” – Wan Sharmila Persiap Diri Jadi Mutawif

“Takut Juga Sebenarnya..” – Wan Sharmila Persiap Diri Jadi Mutawif


Lama tak dengar cerita, rupanya pelakon Wan Sharmila berkata dia kini dalam proses mempersiapkan diri sebagai seorang mutawifah.

Memetik Harian Metro, Wan Sharmila berkata dia sudah pun memiliki sijil-sijil mengikuti kursus pengurusan haji dan umrah dua tahun lalu.

BACA: “Siapa Yang Tak Nak Wanita Cantik, Lembut Seperti Wan Sharmila”

“Takut juga sebenarnya nak jadi mutawifah. Tapi saya dah pergi belajar pengurusan haji dan umrah yang disertai dua tahun lalu untuk dapatkan sijil, kiranya yang ini kita anggap praktikal,” katanya.

Sementara itu, Wan Sharmila berkata dia mendapat tawaran untuk menjadi mutawifah dari beberapa syarikat agensi pelancongan untuk membawa jemaah namun dia belum ada keberanian dan masih banyak untuk dipelajari.

“Pada level sekarang untuk saya sebagai mutawifah pergi berseorangan bawa jemaah ke tanah suci, itu belum lagi. Buat masa ini, saya ikut mutawif dan berada di belakangnya untuk belajar.

“Jadi, saya masih dalam perjalanan membuat latihan praktikal untuk mempersiap diri sebagai mutawifah kira-kira setahun atau lebih sebab masih banyak yang saya perlu pelajari lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata tugas mutawifah bukan sekadar membawa jemaah tetapi perlu menyantuni mereka serta tahu persoalan agama dan hukum hakam.

“Sebagai mutawifah, kita bukan sekadar bawa jemaah. Kalau bawa jemaah sahaja itu mungkin namanya group leader (ketua pasukan). Tapi yang ini mutawifah, saya kena menyantuni jemaah serta tahu juga hukum hakam, sirah Nabi dan merangkumi semua.

“Apapun, kiranya saya ini sekarang adalah intern (pelatih). Kita tengok dan kita belajar macam itu,” katanya.

Dua tahun tidak berlakon, Wan Sharmila berkata ada tawaran diterima namun kebanyakannya kurang sesuai serta bersyukur diberi peluang untuk menjadi mutawifah.

“Tetapi, cabang rezeki daripada Allah sangat banyak dan saya bersyukur kini diberi peluang untuk menjadi mutawifah. Walaupun cabarannya besar dan tidak mudah, namun saya kena mencuba.

“Kehidupan perlu diteruskan dan Allah sudah menarik saya hingga ke sini. Ini dunia baharu yang realiti dan membawa saya keluar daripada zon lakonan dengan aktiviti penggambaran seperti dulu-dulu,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top