Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah terkejut apabila bekas suminya itu tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban semalam bagi proses sulh tuntutan harta sepencarian.
Memetik Harian Metro, Dr Fie berkata proses tersebut adakah melibatkan kebajikan anak-anak mereka yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.
BACA: “Bukan Nak Jatuhkan Nubhan, Saya Sabar Sebab Anak-Anak”
“Cuma saya harapkan dia hadir kalau boleh untuk prosiding akan datang. Bagi kerjasama sebab saya nak cepatkan untuk anak nak sekolah, kami tiada tempat tinggal, buku anak sekolah lagi.
“Saya dah hantar (maklumkan) semua buku sekolah, sebab dalam WhatsApp sekolah, nama saya. Jadi apa-apa maklumat mengenai sekolah, saya yang dapat.
“Jadi dia tiada maklumat itu, saya dah ‘forward’ pada dia semua, tetapi senyap, tiada ada respon. Jadi buku anak dah beli ke? Baju sekolah anak dah beli ke? Anak nak sekolah lagi beberapa hari,” katanya.
Sementara itu, peguam mewakili Dr Fie berkata proses sulh sepatutnya dihadiri kedua pihak untuk berbincang mencapai keputusan terbaik.
“Proses sulh berjalan hari ini yang mana Pegawai Sulh mendengar keterangan pihak plaintif berkenaan isu ini sewaktu prosiding sulh. Sepatutnya dihadiri kedua-dua pihak.
“Sebab itu yang diunjurkan Islam, yang terbaik untuk berbincang. Kegagalan defendan untuk hadir hari ini menyebabkan matlamat sulh tak dapat dicapai,” katanya
Sumber: Harian Metro






