Pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila lantang mengenai isu nafkah anak serta mendakwa sudah banyak mengumpul bukti.
Menerusi hantaran di Threads, Rita berkata dia akan mengutip segala hutang serta memberi bayangan menunggu masa sesuai untuk bertindak.
BACA: Tiada Surau Bukan Halangan, Rita Rudaini Kongsi Pengalaman Solat Tepi Mesin ATM

“Sis pun banyak dah kumpul. Sesen duit anak-anak aku memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. Tunggu waktu kemuncak saya muncul.
“Sekarang bagi mereka seronok dulu. Janji Allah itu pasti. Yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak-beranak, saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat,” tulisnya.
Difahamkan, Rita memberi respon kepada hantaran seorang individu berkenaan kisah jirannya suami culas nafkah serta menyimpan segala resit dan bukti perbelanjaan untuk tuntutan di masa akan datang dan apabila jumlah semakin besar.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menyokong kenyataan aktres itu untuk menuntut nafkah anak-anak.
Untuk rekod, mahkamah memerintahkan Aidil Zafuan membayar RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.






