Tinggalkan legasi hebat

Tinggalkan legasi hebat


syazrina@hmetro.com.my

Tahun 2025 menyaksikan pemergian tokoh berpengaruh daripada pelbagai bidang termasuk agama, politik, hiburan dan fesyen, meninggalkan legasi yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat global.

Menurut laporan BBC, berikut adalah 10 nama besar yang meninggal dunia pada tahun ini, disusun mengikut kronologi tarikh pemergian mereka.

l Val Kilmer (1 April 2025)

Pelakon serba boleh ini meninggal dunia pada usia 65 tahun selepas menghadapi kanser tekak. Beliau terkenal dengan filem Top Gun, Tombstone dan Batman Forever, dengan penampilan terakhirnya dalam Top Gun: Maverick pada 2022.

l Paus Francis (21 April 2025)

Beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun.

l Ozzy Osbourne (22 Julai 2025)

‘Prince of Darkness’ dan vokalis Black Sabbath ini meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas lama bertarung dengan penyakit Parkinson, meninggalkan legasi besar dalam muzik metal dan televisyen.

l Hulk Hogan (24 Julai 2025)

Terry Gene Bollea atau Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun. Beliau dikenali sebagai wajah ‘Abadi’ gusti profesional yang mengubah sukan itu menjadi hiburan arus perdana melalui fenomena ‘Hulkamania’.

l Giorgio Armani (4 September 2025)

Pereka fesyen legenda Itali ini meninggal dunia pada usia 91 tahun. Beliau dikenali sebagai perintis ‘power suit’ dan pengasas salah satu empayar fesyen mewah paling berjaya di dunia.

l Robert Redford (16 September 2025)

Pelakon legenda dan pengarah pemenang Oscar ini meninggal dunia pada usia 89 tahun. Beliau pengasas Festival Filem Sundance dan bintang filem klasik Butch Cassidy and the Sundance Kid.

l Diane Keaton (11 Oktober 2025)

Pelakon pemenang Anugerah Akademi ini meninggal dunia pada usia 79 tahun. Beliau terkenal dengan watak ikonik dalam Annie Hall, trilogi The Godfather serta gaya peribadi yang unik.

l Dick Cheney (3 November 2025)

Bekas Naib Presiden AS ini meninggal dunia pada usia 84 tahun. Beliau arkitek utama pencerobohan AS ke Iraq pada 2003 dan tokoh berpengaruh di bawah Presiden George W Bush.

l Sophie Kinsella (10 Disember 2025)

Penulis novel terkenal Confessions of a Shopaholic ini meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas didiagnosis menghidap kanser otak.

l Brigitte Bardot (28 Disember 2025)

Ikon perfileman Perancis dan aktivis hak haiwan ini meninggal dunia pada usia 91 tahun akibat sakit secara tiba-tiba di kediamannya di La Madrague, Perancis.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top