“Semua Wanita Dalam Rumah Saya Wajib Bertudung”

“Semua Wanita Dalam Rumah Saya Wajib Bertudung”


Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia menerapkan didikan tegas berkenaan batas pergaulan anak-anak. 

Memetik HibGlam, Aliff berkata dia bimbang melihat masalah sosial dalam kalangan remaja tambahan pula beberapa pekerja lelaki keluar masuk rumah mereka hampir setiap hari.

BACA: Shahida Dedah Aliff Syukri Tegas, Larang Lelaki Luar Pegang, Sentuh Anak Perempuan

Sementara itu, Aliff berkata meskipun ada anak perempuannya masih kecil namun dia menekankan untuk menjaga pergaulan serta tidak rapat dengan pembantu peribadinya.

“Dalam rumah saya biasanya ada 15 orang termasuk isteri, Datin Seri Shahida, enam anak dan lima pembantu peribadi (PA) lelaki yang setiap hari keluar masuk. Jadi, yang wanita memang diwajibkan bertudung.

“Anak-anak saya pula masih kecil dan bermanja-manja pula dengan PA. Walaupun belum haram lagi, saya tak mahu mereka terbiasa. 

“Sebab bagi saya perempuan bila sudah mula manja tergedik-gedik nanti akan terbawa-bawa sampai ke besar. Tiba-tiba Raudah (anak) bermanja-manja pula dengan PA saya, memang saya mengamuk.

“Kemudian Raudah mengadu pada kakaknya, Qadejah sebelum dinasihatkan perlu jaga batas dan sebagainya. Tapi saya tak rekod keadaan ketika mengamuk itu,” katanya. 

Sementara itu, Aliff berkata dia tiada niat untuk mengongkong kebebasan anak-anaknya namun apa saja aktiviti dilakukan perlu memaklumkan kepadanya.

“Saya sendiri takut bila tengok gejala sosial semakin berleluasa, apatah lagi saya ada dua anak perempuan.

“Contohnya Qadejah kalau nak keluar, memang akan ada adik-beradik dia ikut. Kalau Ammar Ahyan pula, setiap kali dia keluar memang akan hantar mesej seperti ‘proposal’, maklumat secara terperinci. Memang ada banyak benda tak elok berlaku di luar sana, kami kena berjaga-jaga dan tegas,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top