“Jika Wanita Ada Masalah, Elak DM Artis & Ustaz Lelaki Luah Perasaan”

“Jika Wanita Ada Masalah, Elak DM Artis & Ustaz Lelaki Luah Perasaan”


Pelakon Adam Corrie menitipkan nasihat kepada wanita untuk lebih berhati-hati untuk meluahkan perasaan atau masalah.

Menerusi hantaran di Threads, Adam berkata meskipun niat hanya untuk berkongsi cerita atau meminta pandangan elakkan dari mesej artis lelaki, influencer atau ustaz lelaki.

BACA: Adam Corrie Terima Anugerah Tokoh Mualaf

Menurut Adam, individu yang disebutkan olehnya bukan orang yang sesuai untuk selesaikan masalah dan lebih baik jika wanita bercerita dengan rakan wanita lain atau mereka yang dipercayai.

“Jika cik-cik/ puan-puan sedang ada masalah, sebaiknya elakkan daripada DM atau PM artis lelaki, influencer lelaki atau ustaz lelaki untuk meluahkan perasaan dan masalah.

“Mungkin niat kita sekadar ingin berkongsi atau mencari pandangan, tetapi hakikatnya mereka bukan pihak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi kita.

“Lebih baik kita bercerita dengan rakan sejenis atau individu yang benar-benar dipercayai. Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku,” katanya.

Tambah Adam lagi, bermacam-macam perkara boleh berlaku dan perlu berhati-hati untuk mengelakkan salah faham serta niat tidak baik individu yang suka mengambil kesempatan.

Bagaimanapun, Adam berkata hantaran tersebut tiada kaitan dengan isu semasa yang diperkatakan kini sebaliknya berdasarkan daripada pengalamannya. 






Source link

OR

Scroll to Top