Diana Danielle Kongsi Keadaan Anak Sulung Alami Lumpuh Muka Secara Tiba-Tiba

Diana Danielle Kongsi Keadaan Anak Sulung Alami Lumpuh Muka Secara Tiba-Tiba


Pelakon Diana Danielle berkongsikan keadaan anaknya Muhammad dilaporkan mengalami masalah saraf pada wajah selepas diserang demam virus.

Menerusi hantaran di Insta Story, Diana berkata doktor mengesyaki keadaan itu berpunca sama ada daripada Guillain-Barre Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy.

BACA: Video Bersama Lelaki, Diana Danielle Belum Sedia Komen

Diana berkata anaknya sudah menjalani pemeriksaan termasuk dari beberapa pakar bagi mendapatkan diagnos yang tepat.

“Demam virus menyebabkan doktor mengesyaki sama ada Muhammad alami GBS atau Bells Palsy. Lumpuh muka berlaku secara tiba-tiba.

“Dia telah diperiksa oleh pakar dan masing-masing memberikan pandangan mereka. Dia kini mengambil steroid dan akan membuat temu janji untuk MRI,” katanya.

Sementara itu, Diana berkata Muhammad telah dibenarkan keluar dari hospital dan menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.

“Muhammad dibenarkan keluar hospital dan sudah menunjukkan pemulihan dan doakan keadaan dia bertambah baik,”kongsinya.






Source link

OR

Scroll to Top