Pelakon popular, Datuk Remy Ishak meluahkan pendapat peribadinya mengenai ketenangan hidup.
Menerusi perkongsian di Threads, pelakon filem Sangkar itu menegaskan bahawa ketenangan boleh diperolehi apabila seseorang itu berhenti mengambil tahu mengenai kehidupan orang lain.
Tambahnya, fokus terhadap matlamat sendiri jauh lebih penting berbanding terlalu sibuk membandingkan perjalanan hidup dengan individu lain.
Malah, bagi Remy atau nama lengkapnya, Mohammad Zalimei Ishak, 44, kejayaan tidak perlu dicanang setiap masa sebaliknya, usaha yang konsisten dan dilakukan dalam diam mampu memberi kepuasan yang lebih bermakna.
“Hidup jadi lebih tenang bila kita berhenti sibuk tengok hidup orang lain.
“Fokus matlamat sendiri. Diam-diam jalan, diam-diam jadi,” katanya.







