Mangsa banjir di Sabah terus meningkat malam ini

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat malam ini


Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,761 orang daripada 1,828 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 4,652 orang daripada 1,799 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada tiga daerah, iaitu Pitas, Kota Marudu dan Paitan ditempatkan di 25 PPS.

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,013 orang diikuti Kota Marudu (1,923 orang) manakala Paitan (825 orang).

Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 79 kampung, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top