Sepuluh rakyat Malaysia ditahan tentera Zionis: Berlaku provokasi, IOF lepaskan tembakan amaran

Sepuluh rakyat Malaysia ditahan tentera Zionis: Berlaku provokasi, IOF lepaskan tembakan amaran

Sepuluh rakyat Malaysia ditahan tentera Zionis: Berlaku provokasi, IOF lepaskan tembakan amaran


redzuan.muharam@hmetro.com.my

Bangi: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 antara individu ditahan tentera Zionis di Kepulauan Crete, Greece, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby berkata, semua mereka yang menaiki enam daripada 22 kapal ditahan antara jam 1 hingga 11 pagi waktu Malaysia dan 6 petang waktu Greece.

Menurut Sani, rakyat Malaysia ditahan itu terdiri daripada wartawan veteran yang juga aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau dikenali ZRA yang menaiki kapal Arkham lll, Osman Zolkifli dan Dr Jihan Alya Mohd Nordin (kapal Eros 1), Mohd Shamsir Mohd Isa (kapal Esplai), Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, Norhelmi Ab Ghani (kapal Bianca BCN), Mohd Redzal Amzah (kapal Freia) serta Muhamad Muhzin Zaidi (kapal Marea).

Beliau berkata, kapal terbabit dihampiri secara agresif oleh tentera Zionis ketika berada dalam kedudukan 656 batu nautika iaitu zon pelayaran yang sah dan dijamin sepenuhnya.

“Kali terakhir SNCC dapat berhubung dengan kapal terbabit adalah kira-kira empat jam lalu sebelum terputus hubungan.

“Berlaku provokasi dan Pasukan Pertahanan Israel (IOF) melepaskan tembakan amaran dan gangguan frekuensi radio.

“Tiada maklumat lanjut mereka ditahan dan diculik secara tidak sah dan akan disahkan dalam masa terdekat.

“Pihak keluarga juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika sidang media khas SNCC di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dekat Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Terdahulu, SNCC mengesahkan misi Global Sumud Flotilla (GSF) sudah memulakan pelayaran dengan 56 kapal berlayar dari Pelabuhan Catania, Itali untuk meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza.

Menurut SNCC, 36 rakyat Malaysia terbabit dalam misi berkenaan terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan, kru kapal penganjur serta peserta dalam keadaan sihat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan fasa pelayaran.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top