Ayda Jebat berkerusi roda sambil menyanyi, netizen tegur jaga kesihatan – “Macam tak sayang diri”

Ayda Jebat berkerusi roda sambil menyanyi, netizen tegur jaga kesihatan – “Macam tak sayang diri”


Penyanyi Ayda Jebat mencuri perhatian ramai apabila melakukan persembahan di atas kerusi roda semasa di acara Celebfest 2026 di Singapura.

Macam tak sayang diri

Ayda Jebat Macam tak sayang diri

Screenshot

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Suhada Jebat  itu membawakan lagu Pencuri Hati dengan penuh bertenaga biarpun mempunyai pergerakan yang terbatas.

Dalam pada itu, Ayda juga tampil bersederhana hanya mengenaka sepasang t-shirt berona merah jambu dan skirt labuh bewarna putih.

Screenshot

Meninjau ke ruangan komen wargamaya meluahkan rasa simpati melihat penyanyi itu terpaksa bekerja biarpun dalam keadaan tidak sihat dan ada yang menasihatinya untuk menjaga kesihatan dengan baik.

Malah ada juga yang memuji Ayda merupakan seorang yang profesional dalam berkerja dan tidak memandang enteng tanggungjawab yang telah diberikan.

Tak sayang diri

Ngilu pula tengok

Dia sangat profesional

Artikel lain: Ayda Jebat alami komplikasi, jahitan czer terbuka dan bernanah

Terdahulu, suami Ayda, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang masih dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.

Menurut Nabil, luka jahitan Ayda dilaporkan terbuka sebulan selepas bersalin.

Kongsi Nabil, walaupun doktor pada awalnya tidak menyarankan jahitan tambahan kerana luka semakin pulih, Ayda tetap memilih untuk menjalani prosedur tersebut demi menunaikan janji bertemu peminat di Singapura.

Sumber: TikTok nish_ish_





Source link

OR

Scroll to Top