“Kekuatan Seorang Isteri Adalah Dari Pasangannya”- Siti Elizad

“Kekuatan Seorang Isteri Adalah Dari Pasangannya”- Siti Elizad


“Tak ada anak ke, perempuan ni dia okay saja… dia boleh terima”.

Demikian pandangan peribadi, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mengenai peranan seorang suami dalam memberikan sokongan emosi kepada isteri, khususnya ketika berdepan ujian dalam rumah tangga.

Menurut Elizad, seorang wanita sebenarnya mampu menerima pelbagai ujian dalam kehidupan, namun sokongan dan perhatian daripada pasangan tetap menjadi faktor paling penting dalam sesebuah keluarga.

“Tak ada anak ke, perempuan ni dia okay saja… dia boleh terima. Andai kata, kalau suami dia manjakan isteri, ambil tahu pasal isteri,” katanya.

Tambah Elizad, golongan suami perlu sedar bahawa kekuatan seorang isteri banyak bergantung kepada cara pasangan menyantuni dan menghargai antara satu sama lain.

“Saya kena pesan kepada para suami, kekuatan seorang isteri adalah daripada pasangannya. Ubat yang terbaik adalah dengan berkasih sayang. Kalau isteri bersedih hati… suami janganlah ignore atau buat tak tahu.

“Kalau ada masalah, keluar dari masalah tu… jangan terlalu lama ‘duduk’ dalam masalah tersebut. Kalau memang dah tak boleh dengan pasangan kau orang, make a move,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top