Seorang individu menyorot perhatian ramai apabila meluahkan rasa sangsi terhadap corak yang terdapat pada sejadah keluaran syarikat milik selebriti terkenal, Neelofa baru-baru ini.
Dakwa individu terbabit, meskipun corak sejadah itu mengandungi corak flora simetri, namun terdapat bahagian corak yang dilihat seakan-akan menyerupai kepala kambing (Baal) yang juga merupakan simbol ‘satanic’.
“Mengenai isu sejadah Naelofar. Ada yang panggil saya bod*h, ada yang ckp “it’s just a mere design” dan ada yang kata ia adalah pareidolia.
“Tak kisah la apa pun, apabila nampak dengan jelas dan was was maka hukumnya haram! Sejadah ni tempat kita nak sujud ketika solat. Tanya iman masing-masing. Ini soal akidah! Laugh, call me old-fashioned, or try to ‘educate’ me all you want. It doesn’t bother me at all.
“Maybe it’s time for you to question your own faith instead saya share je tak sangka viral pula,” katanya menerusi perkongsian di Threads.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil meluahkan pandangan peribadi mereka susulan perkongsian tersebut.
Malah, ada yang berpendapat adalah tidak masuk akal sekiranya ia sekadar reka bentuk semata-mata dek kerana corak ‘kepala kambing’ itu jelas kelihatan.










