Air Mata Aisha Retno Gugur Alunkan Surah Al-Qadr, Tersentuh Hayati Makna Lailatul Qadar

Air Mata Aisha Retno Gugur Alunkan Surah Al-Qadr, Tersentuh Hayati Makna Lailatul Qadar


Penyanyi, Aisha Retno mencuri perhatian ramai apabila tidak dapat menahan sebak ketika mengalunkan bacaan Surah Al-Qadr dalam sebuah program televisyen baru-baru ini.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, perasaan itu hadir secara spontan selepas dia mendalami maksud di sebalik surah berkenaan sebelum ke studio.

“Maaf jikalau Aisha tersebak membawa Surah Al-Qadr. Sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini… ia sangat bermakna dan sentimental,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Aisha mengakui pemahaman terhadap maksud ayat-ayat berkaitan Lailatul Qadar membuatkan hatinya benar-benar tersentuh sehingga gagal menahan air mata.

Difahamkan, pelantun lagu Sutera itu membaca ayat suci berkenaan dalam satu segmen program keagamaan, bersama beberapa individu termasuklah Izmir Fareez, Ustaz Tarmizi dan Ustazah Farhatul.

Situasi itu turut mendapat perhatian Ustaz Tarmizi yang memuji bacaan Aisha penuh penghayatan dan mampu menyentuh perasaan pendengar.



Source link

OR

Scroll to Top