Gaya Mahal SYAHRINI Sejak Bergelar Ibu, Beg Tangan Berjenama Hermes Tetap Jadi Pilihan – Hijabista

Gaya Mahal SYAHRINI Sejak Bergelar Ibu, Beg Tangan Berjenama Hermes Tetap Jadi Pilihan – Hijabista

10 tahun Di sebalik Jeriji Besi, Luahan Rasa YB Nurul Izzah, Rindu Tak Bertepi Buat Seorang Ayah

Pembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.

Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.

Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.

Sentiasa bersemangat

Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.

Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.

Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.

Rindu padanya

Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.

“Tidak rindukah pada Dato’ Seri  Anwar Ibrahim”?

Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.


IN PERSON WITH YB NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM by hijabista

“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.

“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah. 

“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri  dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.

10 tahun Di sebalik Jeriji Besi, Luahan Rasa YB Nurul Izzah, Rindu Tak Bertepi Buat Seorang Ayah10 tahun Di sebalik Jeriji Besi, Luahan Rasa YB Nurul Izzah, Rindu Tak Bertepi Buat Seorang Ayah“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.

“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.

Buat ini bila sedih

Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.

“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.

“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat  penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.

10 tahun Di sebalik Jeriji Besi, Luahan Rasa YB Nurul Izzah, Rindu Tak Bertepi Buat Seorang Ayah10 tahun Di sebalik Jeriji Besi, Luahan Rasa YB Nurul Izzah, Rindu Tak Bertepi Buat Seorang Ayah

Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.

“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.

“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.

Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.

“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.

“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan.. 

“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,” tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.

Minat fesyen ringkas

Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.

Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.

5 perkara menarik tentang YB

1.Istiqamah dalam perjuangan

2.Peramah dan pemalu

3.Gelak ketawa kuat

4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat 

5.Mencari penyelesaian

YB Bersukan?

Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam

Media Sosial

Pamerkan  perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.

Hubungan dengan Datin Seri Wan Azizah

Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.

Muzik

Sukakan muzik. Saya memang minat M.Nasir dan kalau artis muda Wany Hasrita. Lagu paling saya suka adalah Srikandi Cintaku.

Fesyen

Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.

Fashionvalet

Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan. 

Petua cantik

Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.

Kalau bukan ahli politik sekarang

Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.   


NO TURNING BACK WITH YB NURUL IZZAH by hijabista

KREDIT:

FOTO& VIDEOGRAPHER: MOHD IZARI ROSLI

KONSEP: SURIA HASSAN

BUSANA: SETH & LUNA, MOOD BY MIROL JONIT

SOLEKAN: KELRINA

AKSESORI: SCHA FADLY

 

 

OR

Scroll to Top