Alif Satar syukur timang cahaya mata keempat

Alif Satar syukur timang cahaya mata keempat


Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Alif Satar menimang cahaya mata keempat apabila isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan bayi mereka, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Alif menerusi platform Threads dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran zuriat terbaharu mereka.

“Masya-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.

“Alhamdulillah, Shad selamat melahirkan anak kami yang keempat waktu subuh tadi. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian,” tulisnya.

Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan ibu serta bayi.

Sebelum ini, Alif berkongsi 2 Syawal ini cukup dinanti-nantikan kerana mereka sekeluarga menunggu kehadiran ahli baharu.

Katanya, ketiga-tiga anaknya juga tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik baharu.

Alif yang juga pemenang tempat ketiga program One In A Million pada 2006 mendirikan rumah tangga dengan Shadila, yang juga bekas pengurusnya, pada 15 September 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, Muhammad Ali, 7, serta bayi yang baharu dilahirkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top