Gerrard bimbang nasib Liverpool

Gerrard bimbang nasib Liverpool


LEGENDA Liverpool, Steven Gerrard bimbang situasi yang dihadapi pasukan tersebut selepas tumbang kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Kekalahan tersebut merupakan yang ke-10 buat Liverpool musim ini, sekali gus mencatatkan rekod terburuk kelab itu dalam tempoh sedekad.

Menurutnya, pengendali pasukan, Arne Slot kini berdepan dilema kekurangan kedalaman skuad untuk bersaing secara konsisten.

Meskipun Liverpool telah berbelanja besar melebihi £400 juta sebelum musim bermula dengan membawa masuk bintang seperti Florian Wirtz, Alexander Isak dan Ekitike, Gerrard berpendapat Slot masih kekurangan pilihan di bangku simpanan untuk melakukan penggiliran pemain.

“Kita telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali musim ini. Mereka meletakkan usaha yang sangat besar dan beraksi cemerlang di Liga Juara-Juara.

“Namun, segala emosi, tenaga dan intensiti yang digunakan untuk menang dalam perlawanan tengah minggu memberi kesan besar kepada mereka pada hujung minggu.

“Mereka tidak mempunyai pilihan yang mencukupi dalam skuad atau di bangku simpanan untuk melakukan perubahan besar bagi membawa tenaga atau kualiti yang sama seperti perlawanan sebelumnya,” katanya.

Tambah Gerrard, ketiadaan Mohamed Salah dan Isak akibat kecederaan ketika ini memaksa Slot menggunakan pemain yang sama, sekali gus memakan diri apabila pemain mula keletihan.

Dalam pada itu, Slot mengakui beliau kini berada dalam tekanan meskipun berjaya membimbing Liverpool menjulang trofi liga musim lalu.

“Sentiasa ada tekanan di Liverpool, baik kepada saya mahupun pemain. Ia perkara biasa.

“Walaupun saya kecewa dengan kekalahan tersebut, aksi di tempat lawan menentang Brighton sentiasa sukar. Namun, kelab seperti Liverpool sepatutnya mampu mencatatkan keputusan lebih baik,” ujar Slot.

Ringkasan AI

  • Legenda Liverpool, Steven Gerrard, bimbang dengan situasi pasukan tersebut selepas tumbang kepada Brighton
  • Kekalahan kepada Brighton adalah yang ke-10 musim ini, mencatatkan rekod terburuk kelab dalam sedekad
  • Pengendali pasukan, Arne Slot, berdepan dilema kekurangan kedalaman skuad
  • Walaupun Liverpool berbelanja besar dengan pembelian pemain baru, masih kekurangan pilihan di bangku simpanan
  • Ketiadaan Mohamed Salah dan Isak akibat kecederaan menambah beban kepada Slot dalam mengatur skuad



Source link

OR

Scroll to Top