Penyanyi Yazmin Aziz memberi bayangan dia sudah bertemu pengganti apabila memuat naik gambar bersama seorang jejaka di Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Yazmin berkongsikan momen mesra bersama jejaka dikenali sebagai Jasper Gaskin sekaligus menimbulkan spekulasi adakah hati penyanyi itu kini sudah dimiliki.
BACA: Yazmin Aziz Terima Kejutan, Kekasih Pakai Boxer Gambar Wajahnya
Diruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan Yazmin serta memuji jejaka tersebut lebih kacak daripada yang sebelum ini.

Sekitar Disember lalu, hubungan Yazmin dengan model Simon Joseph dipercayai sudah berakhir apabila kedua-duanya tidak lagi berkongsi momen bersama dan memadam foto masing-masing di Instagram.






