“Moga Kali Ni Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Saya & Anak-Anak Tunggu Awak Balik”- Nadzmi Adhwa

“Moga Kali Ni Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Saya & Anak-Anak Tunggu Awak Balik”- Nadzmi Adhwa


“Semoga Allah reda dengan usaha awak membantu ummah”.

Demikian sokongan yang tidak berbelah bahagi  pelakon Nadzmi Adhwa terhadap semangat jihad isterinya, Ardell Aryana yang menjadi antara salah seorang peserta misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla 2.0 yang berlepas pada Ahad.

Kata Nadzmi menerusi hantaran di Threads, dia  berharap agar perjuangan isterinya bersama ahli pasukan yang lain untuk memecahkan kepungan dan membantu mangsa keganasan Zionis di sana kali ini membuahkan hasil dan dipermudahkan.

“Saya, anak-anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya. Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza.

“Luruskan niat awak. Kami sentiasa mendoakan awak. Semoga Allah reda dengan usaha awak membantu ummah dan semoga Allah permudahkan awak dan semua yang terlibat.

“Semoga berjaya isteri, teman gaduh, kawan baik dan teman sejiwa,” katanya.

Selain Ardell, penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi serta adiknya, Hazwani Helmi turut terlibat dalam misi kemanusiaan ini.

Difahamkan, setakat ini sebanyak empat kumpulan Global Sumud Flotilla 2.0 delegasi Malaysia sudah pun berlepas untuk menjayakan misi kemanusiaan ini.

Terdahulu, kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 melancarkan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada 12 April ini bermula dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol.



Source link

OR

Scroll to Top