Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri membuat amal dengan membantu keluarga pelakon Norish Karman melalui sumbangan wang tunai lebih RM15,000 hasil jualan produk dalam satu siaran langsung malam tadi.
Menerusi sesi siaran langsung itu, Aliff berkata Norish tidak meminta sumbangan sebaliknya pelakon itu hanya mahu bekerja.
BACA: Kesihatan Norish Karman Makin Merosot
“Saya tegaskan disini, Norish tidak meminta, dia datang sini ingin beraya dan minta kerja. Boleh tak jadi hos ke, duta ke atau kerja di pejabat. Anak-anak kerja.
“Ini memang rezeki kak Norish. Inilah hasil kerja akak hari ini. Saya beri ini sebab yakin Allah jadikan saya perantara untuk membantu ringankan beban mereka,” kata Aliff.
Sementara itu, Norish yang dilihat sebak mengucapkan terima kasih buat Aliff dan isterinya, Datin Seri Shahida serta rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah, terima kasih datuk, datin dan semua rakyat Malaysia yang pemurah.
“Anggaplah ini satu perkongsian, moga satu hari nanti kita boleh menjadi individu seperti Datuk Aliff yang sentiasa membantu orang lain,” katanya.






