Gaduh dalam bas ekspres, 2 lelaki ditahan

Gaduh dalam bas ekspres, 2 lelaki ditahan



am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Polis menahan dua lelaki, susulan video yang tular di media sosial memaparkan pergaduhan dalam sebuah bas ekspres di sebuah stesen bas dekat Larkin, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, terdahulu, pihaknya menerima video berkenaan jam 9.30 pagi dan mendapati pergaduhan itu membabitkan beberapa individu.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga seorang pemandu bas berhubung kejadian itu pada 1.03 petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, dua lelaki tempatan berusia 36 dan 40 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan antara 7 petang hingga 11.30 malam tadi.

“Mereka ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Alor Gajah, Melaka dan Dataran Larkin di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa bercakap kurang ajar dengan kedua-dua suspek yang juga sepupunya menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan memukulnya di lokasi kejadian.

Raub berkata, hasil semakan rekod lampau, kedua-dua suspek mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod dalam kes jenayah, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod lampau, juga kes jenayah.

Katanya, hasil saringan awal ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua saspek mendapati mereka negatif pengaruh dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top