LOS ANGELES: Penyanyi antarabangsa, Megan Thee Stalion mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya, Klay Thompson selepas satu tahun bersama.
Lapor pagesix, hubungan pasangan itu berakhir selepas Thompson didapati curang membabitkan orang ketiga.
”Saya memutuskan untuk mengakhiri hubungan dengan Klay.
“Kepercayaan, kejujuran dan kehormatan tidak boleh dijual beli dan hubungan ini tidak akan diteruskan apabila ia dikompromi.
”Saya mengambil peluang untuk mengutamakan diri sendiri dan bergerak ke depan secara aman,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Megan bertindak memadam hantaran di media sosialnya berkaitan percutian di British Virgin Island bersama klay.
Bekas pasangan kekasih itu memberi bayangan bakal membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya dengan membeli rumah baharu.
Megan dikatakan mula mesra dengan pemain Dallas Marverick itu apabila keduanya sering muncul dalam hantaran sosial medianya. – UTUSAN






