Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah tampil bersuara mempertahankan adiknya susulan kenyataan berbaur peribadi yang tular.
Menerusi hantaran di Threads, Space Dollah membidas pihak tertentu yang didakwa mempolitikkan hal peribadi melibatkan kehidupan adiknya.

“Salah ke dia (Syed Saddiq) nak happy pula? Itu pun nak dipolitikkan,” luahnya menerusi sebuah hantaran di platform Threads.
Terdahulu, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) menyasarkan untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada penyandangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.
Foto arkib: FB Dato’ Dr. Mahfodz bin Mohamed
Artikel lain: PAS mahu rampas kerusi Muar, dakwa Syed Saddiq sibuk ‘berendut’ dengan Bella Astillah
Dalam perkembangan sama, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya turut memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Menurutnya, kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.
“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.
“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astillah,” katanya ketika berucap pada Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Pusat Komuniti PAS Muar, Parit Tarom, Muar pada Ahad.
Sumber: Threads Space Dollah





