“Lelaki Jangan Miskin, Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin” – Hantaran Suami Norreen Jadi Perhatian

“Lelaki Jangan Miskin, Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin” – Hantaran Suami Norreen Jadi Perhatian


Suami kepada pempengaruh media sosial, Norreen Iman iaitu Razzi Razak menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan sedang bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin.

Hantarannya di TikTok itu menjadi perhatian, menggunakan suara latar belakang seolah memberi gambaran perjuangan lelaki dalam kehidupan.

BACA: “Saya Lapar Je Sekarang Ni” – Hadir Prosiding Lafaz Cerai, Norreen Enggan Ulas

“Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskin. Lelaki tak takut mati cuma takut menjadi seorang yang tidak berguna. Berat jadi lelaki. Kita menghadapi kehidupan untuk menghidupi kehidupan,” tulis hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, Razzi berkata dia seorang yang takut dengan ketinggian namun perlu melawan ketakutan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dari seorang yang gayat, terus hilang gayat aku sekarang,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buatnya serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Terdahulu, Norreen dan suaminya hadir pada Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai pada Rabu lalu. 






Source link

OR

Scroll to Top