Pempengaruh media sosial, Marissa Dania bakal menyambung pengajian bersama adiknya, Maria Danisha dalam jurusan yang sama.
Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh pelakon Norman Hakim, pada awalnya temu janji pendaftaran hanya untuk Maria.
BACA: Marissa Dania, Aslam Masih Suami Isteri – Peguam Syarie
Namun pihak universiti mencadangkan laluan pendidikan bersama buat dua beradik itu dari peringkat Diploma ke Ijazah Sarjana Muda.
Menurut Norman lagi, kedua-dua akan mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan, namun akan melanjutkan pengajian berbeza ke peringkat Ijazah.
“Melihat keputusan SPM Marissa memberansangkan dan penerimaan sangat positif diatas proposal yang dicadangkan, maka perancangan asal terus berubah.
Kedua-duanya akan mengambil jurusan yang sama dalam Pengurusan & Pentadbiran Perniagaan cuma pada peringkat Bachelor akan lebih khusus pada Accounting buat Danisha & Human Resources buat Marissa.
“Kedua-duanya akan mengambil jurusan yang sama dalam Pengurusan & Pentadbiran Perniagaan cuma pada peringkat Bachelor akan lebih khusus pada Accounting buat Danisha & Human Resources buat Marissa,” katanya.
Dalam masa sama, Norman turut berkongsi pihak universiti memberikan fleksibiliti kepada Marissa untuk berulang-alik ke kampus memandangkan komitmennya dalam menguruskan perniagaannya sendiri.





