Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah berkata dia sedia untuk berdepan jika ada pihak yang cuba menganggu hubungan adiknya dengan pelakon Bella Astillah.
Memetik mStar Online, Dollah berkata dia mengenali Bella dan tidak memandang dengan kisah silam membabitkan penyanyi itu.
BACA: “Boleh Tak Jangan Panggil Saya Bercapuk…” – Space Dollah
Ditanya mengenai isu membabitkan Bella dan Sarah Yasmine, Dolalh berkata dia mengenali Bella dan apa yang penting adalah perkara yang berlaku di maa hadapan.
“Saya tidak akan melebih-melebih tapi sekiranya Saddiq dan Bella perlukan bantuan saya jadi memang akan bantu, tapi sebagai keluarga kami lebih selesa untuk kekal tenang dengan situasi macam ini.
“Kami tidak kenal Sarah Yasmine tapi kenal Bella Astillah dan dia seorang yang penyayang malah kami tidak peduli mengenai kisah lama atau lampau Bella kerana bagi kami adalah masa depannya,” katanya.
Dalam pada itu, Dollah berkata Bella memainkan peranan penting apabila masuk ke dalam keluarganya dan tidak berhenti memberikan sokongan kepada mereka.
“Bila Bella datang ke keluarga ini jadi itu lebih penting, Bella banyak sokong saya dan buatkan Saddiq gembira jadi memang saya kan bantu selagi boleh kerana ini keluarga saya,” katanya
Sumber: mStar Online






