“Suka Derma Senyap-Senyap” – Amira Othman Dipuji Infak Makanan Di Surau

“Suka Derma Senyap-Senyap” – Amira Othman Dipuji Infak Makanan Di Surau


Penyanyi Amira Othman menjadi perhatian apabila netizen memuji sikap rendah dirinya dalam melakukan amal kebajikan tanpa menghebahkan kepada umum.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Amira difahamkan Amira membuat infak pada sebuah surau di Selangor.

BACA: Fattah Amin Syukur Bakal Timang Anak Pertama Bersama Amira Othman

Dalam video berkenaan, kelihatan para jemaah sedang mengambil juadah yang diinfakkan oleh penyanyi tersebut.

“Terima kasih ya Amira Othman kerana infaq makanan untuk surau Darul Hidayah malam ini. Semoga dimurahkan rezeki,” tulis hantaran itu.

Diruanhan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Amira dimurahkan rezeki serta memuji sikapnya yang suka menderma secara senyap-senyap.






Source link

OR

Scroll to Top