Guru lelaki ditahan, disyaki lakukan amang seksual terhadap pelajar

Guru lelaki ditahan, disyaki lakukan amang seksual terhadap pelajar


KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki sekolah menengah di sebuah sekolah, di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pelajar terbabit pada 12 Ogos lalu kira-kira pukul 4.04 petang.

Katanya, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada 10 Ogos lalu kira-kira pukul 10.15 pagi ketika mangsa berada di sekolah berkenaan.

“Pengadu yang berusia 16 tahun mendakwa seorang lelaki yang dikenalinya dan merupakan guru di sekolah itu melakukan amang seksual fizikal terhadapnya dengan meraba bahagian paha dan punggung.

“Pengadu turut memaklumkan guru berkenaan sebelum ini beberapa kali memeluk serta mencium pipinya. Polis menahan suspek pada 13 Ogos lalu kira-kira pukul 11.10 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan dibenarkan selama enam hari bermula sehingga 19 Ogos ini. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top