Cosenza: Jhonatan Narvaez memenangi peringkat keempat Giro d’Italia hari ini manakala pelumba Itali, Giulio Ciccone merampas kedudukan pendahulu keseluruhan perlumbaan.
Narvaez memberikan kelegaan buat pasukan UAE Team Emirates yang sebelum ini berdepan pelbagai masalah sejak permulaan perlumbaan.
Pelumba Ecuador itu melakukan pecutan terbaik untuk menewaskan kelompok utama selepas ramai pelumba pecut tercicir ketika mendaki laluan panjang Cozzo Tunno di pertengahan peringkat sejauh 138 kilometer (km) yang berakhir di Cosenza.
Bekas pemakai jersi merah jambu, Thomas Silva dari Uruguay turut gagal mengekalkan rentak di pendakian lebih 14km itu.
Silva akhirnya kehilangan jersi pendahulu kepada pelumba Lidl-Trek, Ciccone yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada peringkat pertama di Itali selepas tiga hari perlumbaan berlangsung di Bulgaria.
Esok, peringkat kelima yang berbukit akan membawa peloton dari Praia a Mare ke Potenza.
© New Straits Times Press (M) Bhd





