Fadhli Shaari syukur Nik Zawawi mohon maaf -“Semoga kesilapan ini tidak berulang..”

Fadhli Shaari syukur Nik Zawawi mohon maaf -“Semoga kesilapan ini tidak berulang..”


Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Nik Muhammad Zawawi mengakui berlaku kekhilafan dalam cara penyampaian ceramahnya sehingga menimbulkan kontroversi dan menyinggung perasaan pelbagai pihak.

Beliau menjelaskan bahawa penggunaan istilah berkenaan dilakukan secara tidak cermat ketika menghuraikan kisah berkaitan masyarakat pada zaman Jahiliah, namun menegaskan sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina sahabat Nabi yang dimuliakan oleh Allah SWT.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.
“Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, tujuan asal penyampaian ceramah adalah untuk memberi gambaran tentang perubahan besar yang dibawa oleh Islam dalam mengangkat martabat masyarakat daripada zaman Jahiliah kepada kehidupan yang lebih beradab.

Artikel lain: Hina sahabat Rasullah? Nik Zawawi beri penjelasan, cuma mahu masyarakat faham konteks sejarah

Nik Muhammad Zawawi turut menegaskan isu tersebut adalah kesilapan peribadi dan tidak mewakili pendirian parti atau kepimpinan PAS, selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi teguran, nasihat dan pandangan terhadap isu berkenaan.

Beliau dalam masa sama berharap masyarakat dapat menilai sesuatu isu secara lebih berhemah serta tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan.





Source link

OR

Scroll to Top