UKM pertahan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026

UKM pertahan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026


UKM berjaya pertahan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT.

PASUKAN bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membuktikan dominasi mereka dalam arena sukan universiti apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 selepas menumpaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-1.

Anak buah Mohd Rafiq Roslan memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila penyerang prolifik, Izrin Ibrahim meletakkan UKM di depan menerusi jaringan pada minit awal permainan.

Bagaimanapun, UiTM yang tidak mahu ketinggalan terus memperkemaskan asakan sehingga berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penyudah kemas Adim Muzahhir Azuan sebelum tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, UKM tampil dengan corak permainan lebih agresif dan berdisiplin. Hasil asakan bertali arus, UKM kembali mendahului pada minit ke-61 menerusi sepakan deras Afiq Norizan.

Tidak cukup dengan kelebihan satu gol, Afiq sekali lagi menjadi wira apabila meledak jaringan keduanya menerusi sepakan cantik dari jarak 20 meter yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Jaringan itu memuktamadkan kemenangan 3-1 buat UKM sekali gus memastikan trofi berprestij itu kekal menjadi milik universiti itu.



Source link

OR

Scroll to Top